Kurangkan Gangguan Ketika Berbual
Manusia mudah terganggu oleh persekitaran. Keupayaan untuk melakukan banyak tugasan dan fokus semakin berkurangan dengan usia. Oleh itu, wujudkan persekitaran yang tenang sebelum memulakan perbincangan penting. Semasa perbincangan keluarga, pastikan mereka tidak duduk di hujung meja. Letakkan mereka di tengah-tengah supaya mereka berasa dihormati dan diiktiraf sebagai sebahagian penting dalam perbualan.
Fahami Perspektif Ibu Bapa
Sukar memahami pengalaman orang lain jika kita tidak melaluinya sendiri. Letakkan diri anda di tempat ibu bapa. Bagaimana jika anda kehilangan pasangan hidup, kesihatan, kewangan, rakan-rakan pengerakan atau kebebasan? Ia boleh menjadi masa yang mencabar bagi mereka. Tunjukkan empati dan galakkan mereka berkongsi perasaan.
Pilih Perkara Penting Sahaja
Banyak perkara boleh menjadi isu apabila kita semakin tua. Sama ada isu pergerakan, kesunyian, atau masalah memori, sebagai penjaga, adalah penting untuk memberi fokus kepada perkara utama yang dapat meningkatkan kesejahteraan mereka. Menumpukan perhatian kepada terlalu banyak perkara boleh membebankan anda dan mereka. Fokus pada perkara kecil dan nikmati kejayaan kecil. Akhirnya, anda akan dapat melihat perubahan positif.
Ketawa Bila Ada Peluang
Ketawa adalah penawar terbaik. Ketawa boleh mencairkan suasana tegang dan mengeratkan hubungan antara anda dan warga tua. Cari peluang untuk bergelak ketawa bersama melalui cerita lucu atau kenangan lama. Namun, pastikan kelucuan itu dikongsi bersama mereka, supaya mereka tidak terasa seperti diperlekehkan.
Mulakan Perbualan Awal
Jangan tunggu sehingga masalah timbul untuk berbincang hal-hal penting. Berbincanglah tentang perkara seperti kesihatan dan kesejahteraan lebih awal. Ini dapat mengelakkan salah faham dan memastikan keputusan terbaik dibuat dengan persetujuan bersama. Jangan tunggu sehingga timbul masalah besar seperti isu kesihatan atau kewangan sebelum membincangkannya.
Penutup
Menjaga ibu bapa yang semakin berusia adalah satu anugerah dan sesuata yang patut diraikan, walaupun ia kadangkala mencabar. Kemahiran komunikasi yang baik dapat membantu memperkukuh hubungan dengan warga tua. Ingat untuk sentiasa bertindak lembut, bersabar, dan pilih masa yang sesuai untuk memulakan topik yang sensitif.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai cara menjaga ibu bapa yang semakin berusia, kami telah menyusun 10 tip untuk membantu anda dalam artikel ini.
Hubungi kami di +603 2724 3828 atau hantar mesej menggunakan kotak sembang di halaman ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang penjaga kami dan bagaimana mereka boleh membantu menjadikan kehidupan lebih mudah untuk anda dan orang tersayang.
Pertama Kali Diterbitkan pada 12 Julai 2023