Care Concierge

Penjagaan Khas di Rumah

Fisioterapi di Rumah untuk Warga Emas

Bimbing insan tersayang menuju kesihatan yang lebih baik, bina semula kekuatan dan keyakinan mereka - semuanya daripada keselesaan rumah anda. Setiap perjalanan pemulihan kesihatan warga emas adalah unik. Atas sebab ini, kami berbangga menjalin kerjasama dengan IDEAL Health Centre untuk memperkenalkan Program Geriatrics Medi-Physio Home. Program ini direka khas untuk sokong pelbagai keperluan — pemulihan selepas serangan angin ahmar, kanser atau pembedahan; pengurusan penyakit kronik seperti Parkinson dan radang sendi (artritis); serta membina keseimbangan dan kekuatan bagi mengurangkan risiko jatuh.

Bukan sekadar fisioterapi biasa — ia adalah program menyeluruh, disesuaikan khas untuk warga emas di keselesaan rumah mereka sendiri.

Adakah ini keadaan insan tersayang anda?

Warga Emas dalam Pemulihan

Individu dalam proses pemulihan dari serangan angin ahmar, kanser atau pembedahan yang perlukan rehabilitasi intensif di rumah.

Pengurusan Penyakit Kronik

Pesakit yang menghidap penyakit seperti Parkinson atau radang sendi(artritis), ingin meningkatkan pergerakan dan mengurangkan kesakitan.

Pengurusan Penyakit Kronik

Pesakit yang menghidap penyakit seperti Parkinson atau radang sendi(artritis), ingin meningkatkan pergerakan dan mengurangkan kesakitan.

Pergerakan & Pencegahan Jatuh

Warga emas yang bergelut dengan keseimbangan, pergerakan perlahan, atau berisiko jatuh dan perlukan bantuan membina kekuatan serta kestabilan.

Bedridden & Dependent Elderly

For those who are bedridden or require constant assistance and need specialised care to improve their quality of life.

Warga Emas Yang Terlantar & Perlukan Penjagaan Sepanjang Masa

Individu yang terlantar atau perlukan penjagaan sepanjang masa serta bantuan pakar bagi meningkatkan kualiti hidup mereka.

Apakah Skop yang Termasuk dalam Program Geriatrics Medi-Physio Home Kami?

Penilaian awal oleh doktor

Senaman terapi

Lawatan penilaian berkala
(oleh pasukan perubatan IDEAL Health Centre)

Pengurus penjagaan khas

1 Sesi

RM350

Bermula dengan
satu sesi.

Pakej 10 Sesi

RM1,800

RM180/sesi
(Jimat RM1,700!)

Pakej 20 Sesi

RM2,600

RM130/sesi
(Jimat RM4,400!)

Dari

RM6,500 sebulan

Program Gabungan Penjagaan & Fisioterapi Geriatrik

Penilaian awal keadaan
warga emas oleh doktor
(1 kali)

Penjaga berdedikasi
untuk membantu anda di setiap langkah

Perkhidmatan Penjaga
Peribadi di Rumah
Staf berpengalaman untuk penuhi keperluan anda (minimum 20 hari)

Program Fisioterapi di Rumah (Geriatrics Medi-Physio Home)
disesuaikan mengikut keadaan kesihatan warga emas
(10 sesi)

Lawatan Penilaian Berkala
oleh doktor untuk pantau pemulihan

*Hanya tersedia di Lembah Klang. Caj jarak tambahan mungkin dikenakan.

Sentiasa Bersedia Membantu Anda

Jaminan Kami

Pakar Yang Prihatin

Pakar Penjagaan Warga Emas kami menyediakan bantuan khusus mengikut keperluan anda.

Jaminan Bebas Spam

Anda tidak akan terima mesej berbentuk jualan daripada kami.

Mudah

Lebih selesa berhubung melalui mesej? Hubungilah kami melalui Whatsapp.

Bantuan Pemulihan Angin Ahmar
Menyeluruh, Khas untuk Anda

Peralatan Penjagaan (Shop Care)

Dapatkan peralatan penjagaan asas untuk pesakit angin ahmar. Pilih daripada pelbagai produk yang direka untuk membantu pemulihan, meningkatkan kebolehan berdikari dan memperbaiki kualiti hidup.

Latihan Penjaga / Ahli Keluarga

Kursus “Penjagaan Pesakit Angin Ahmar” dan “Kemahiran Asas untuk Penjaga Keluarga” ringkas kami direka untuk penjaga baru atau berpengalaman, termasuklah pembantu rumah. Kursus-kursus ini dilengkapi ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk menjaga warga emas dari keselesaan rumah mereka.

Rumah Lebih Selamat

Ubah Suai Rumah Supaya Lebih Mesra Pesakit Angin Ahmar

Reno Care

Ubah suai Rumah atau Bilik Mandi

Rumah yang selamat dan mesra pergerakan adalah penting selepas serangan angin ahmar. Pakej Reno Care kami menumpukan pada pengubahsuaian yang memudahkan pergerakan, selamat dan menyokong keupayaan berdikari, bagi memastikan proses pemulihan yang selesa dan lancar.

Aspek Penting Pengubahsuaian Yang Harus Dipertimbangkan

Katil yang Sesuai
Pemasangan palang sisi atau penyewaan katil hospital dapat membantu menyokong postur badan serta mengurangkan risiko jatuh.

Tilam Beralun (Ripple Mattress)
Membantu mencegah bisul atau kudis tekanan dengan meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan risiko masalah kulit.

Kerusi Roda dan Alat Bantuan Pergerakan
Penggunaan kerusi roda atau alat bantu berjalan bergantung pada tahap keupayaan pergerakan pesakit.

Pengubahsuaian Pintu dan Ciri Keselamatan
Gunakan pintu yang dibuka ke luar, menutup bucu tajam, pastikan laluan bebas halangan bagi mengurangkan risiko jatuh, serta pasang palang bantuan pergerakan.

Pengubahsuaian Bilik Mandi
Pasang palang sokongan pergerakan, kerusi tandas mudah alih (commode chair), lantai anti-gelincir dan kerusi mandi. Elakkan penggunaan tab mandi yang tidak mesra pergerakan.