Care Concierge

Penjagaan yang betul pada masa yang tepat, membawa perbezaan bermakna

Sokongan penjagaan warga emas yang khusus, sama ada di keselesaan rumah sendiri atau di kediaman dan komuniti mesra kami.

Bagaimana kami boleh membantu anda hari ini?

Penjagaan Warga Emas Pakar untuk Alzheimer, Parkinson, Demensia & Kanser

Kami menyediakan bantuan berdasarkan keperluan anda, termasuk teman berbual serta sokongan dalam rutin harian dan kesejahteraan emosi. Komitmen kami adalah untuk meningkatkan kualiti hidup warga emas dan keluarga mereka.

Anda tidak bersendirian dalam perjalanan ini.

Pemulihan Lebih Lancar: Sokongan Selepas Strok & Pembedahan

Penjaga kami yang berpengalaman mempunyai kemahiran dalam penjagaan selepas strok dan pembedahan. Kami sedia membantu dalam pemulihan, aktiviti harian, serta kesejahteraan emosi. Sama ada selepas pembedahan lutut, pinggul atau prosedur lain, kami sedia membimbing anda ke arah pemulihan yang lebih lancar.

Pemulihan Lebih Lancar: Sokongan Selepas Strok & Pembedahan

Penjaga kami yang berpengalaman mempunyai kemahiran dalam penjagaan selepas strok dan pembedahan. Kami sedia membantu dalam pemulihan, aktiviti harian, serta kesejahteraan emosi. Sama ada selepas pembedahan lutut, pinggul atau prosedur lain, kami sedia membimbing anda ke arah pemulihan yang lebih lancar.

Teman Seharian, Aktiviti Sosial & Sokongan Penjagaan

Rasa sunyi di rumah tanpa sokongan atau teman berbual? Sertai pusat jagaan harian kami untuk warga emas. Nikmati hari yang lebih bermakna bersama komuniti yang memahami, bina persahabatan baharu, kekal aktif, dan terima penjagaan serta perhatian yang penuh kasih sayang.

Kami adalah pakar dalam penjagaan warga emas.

Kami di sini untuk mendengar, memahami, dan menyokong anda.

Jaminan Kami

Pakai Yang Peduli

Pakar Penjaga Warga Emas kami bersedia memberikan bantuan peribadi mengikut keperluan unik setiap individu.

Jaminan Privasi Tanpa Gangguan

Kami tidak akan menghantar mesej jualan atau promosi yang tidak diingini ke telefon atau WhatsApp anda.

Mengikut Kemudahan Anda

Sekiranya anda di luar negara atau mengalami kesukaran untuk menelefon, hubungi saja kami melalui WhatsApp.

Pilihan di tangan anda: kekal di rumah, tinggal bersama kami, atau sertai komuniti harian

Kami menyediakan penjagaan yang disesuaikan dengan keperluan anda. Sama ada penjagaan live-in, penjagaan separuh masa di rumah, tinggal di rumah jagaan kami, atau menyertai pusat jagaan harian, kami mempunyai penyelesaian yang sesuai untuk setiap keperluan.

Stay at home (At-Home Care)

Your home, after all, is the one place you can truly call your own. Let us support you in your daily activities while you continue with your regular interaction and companionship with family and community.

Choose from 24/7 Live-in Arrangement or Short-Term Part-time care.

Kekal di Rumah (Penjagaan di Rumah)

Rumah anda adalah tempat paling selesa dan penuh kenangan. Kami sedia membantu anda menjalani kehidupan harian dengan lebih mudah sambil mengekalkan hubungan erat dengan keluarga dan komuniti anda.

Pilih antara Penjagaan Live-In 24/7 atau Penjagaan Jangka Pendek.

Tinggal Bersama Kami (Rumah Jagaan)

Nikmati penjagaan profesional dalam persekitaran yang selesa seperti resort. Program kami direka khas untuk membantu anda kekal aktif dari segi fizikal dan mental, sambil berpeluang membina persahabatan baharu dan merasai pengalaman menarik.

Pilih antara lokasi rumah jagaan kami: KL, Petaling Jaya, dan Pulau Pinang.

Join our community (Day Care)

Live an active and engaged life at our senior day care. Relax, make new friends, join in activities, and become a part of our friendly community. Our team of Care Specialists (including caregivers, nurses, physiotherapists, and others) will always be there to help you stay comfortable and well-taken care of.

Sertai Komuniti Kami (Jagaan Harian)

Nikmati kehidupan yang aktif dan bermakna di pusat jagaan harian kami. Bersantai, berkenalan dengan rakan baharu, sertai aktiviti menarik, dan jadilah sebahagian daripada komuniti mesra kami. Pasukan pakar penjagaan kami (termasuk penjaga profesional, jururawat, ahli fisioterapi, dan sebagainya) sentiasa bersedia memastikan keselesaan dan kesejahteraan anda.

Perlukan Nasihat?

We understand these decisions are not easy. Chat with us, and we'll do our best to assist you.

Kami faham bahawa membuat keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah.
Hubungi kami, dan kami akan membantu anda dengan sebaik mungkin.

Anugerah & Pengiktirafan

Ulasan Pelanggan

Tentang Care Concierge

Care Concierge bermatlamat dalam menyediakan pelbagai penyelesaian penjagaan warga emas yang berkualiti. Sama ada penjagaan di rumah jagaan, pemulihan selepas rawatan, atau konsep pengusiaan di rumah (aging-in-place), kami sedia membantu memenuhi keperluan penjagaan anda.

0

Pakar Penjaga

Jururawat Berdaftar, Jurupulih dan Penjaga bersedia untuk menjaga keperluan anda.

0 +

Jururawat Berdaftar

Pasukan doktor dan Jururawat Berdaftar yang menasihati anda tentang keperluan Penjagaan anda.

0 +

Pakar

Pakar yang sentiasa memantau penanda vital kesihatan anda, termasuk memberi penjagaan luar rumah.

Penjagaan + Teknologi =
Care Concierge.

Aplikasi CARE Concierge membolehkan pemantauan kesihatan secara menyeluruh, termasuk bacaan vital dan maklumat penting pelanggan. Ini memudahkan pelanggan melihat aktiviti penjagaan harian dan memberikan ringkasan penjagaan kepada ahli keluarga yang berada di luar negara atau sentiasa sibuk dengan urusan harian.