Care Concierge

Pengetahuan / Blog

Nasihat & Tip

Panduan Mudah untuk Menjaga Warga Emas dengan Penyakit Alzheimer's

Adakah anda menjaga orang tersayang yang menghidap Alzheimer’s? Panduan ini akan membantu anda memahami cara berkomunikasi dengan lebih baik, menguruskan cabaran seperti inkontinens, halusinasi, dan delusi, serta menangani perubahan emosi dan mencegah mereka keluar rumah tanpa pengawasan.

Kongsi artikel ini

Penyakit Alzheimer’s adalah gangguan otak progresif yang menjejaskan ingatan, pemikiran, dan tingkah laku. Ia adalah penyebab utama demensia dalam kalangan warga emas. Sukar untuk memahami apa yang sedang dialami oleh seseorang dengan Alzheimer’s kerana kita sendiri tidak dapat merasakan apa yang mereka lalui. Bagi mereka, setiap hari adalah pengalaman yang berbeza daripada hari sebelumnya, yang sering kali boleh menyebabkan rasa frustrasi.

Sebagai penjaga, anda mungkin juga berasa sukar untuk meramal keadaan yang berubah-ubah ini. Oleh itu, kami menyediakan panduan penjagaan khusus Alzheimer’s ini untuk membantu anda dalam perjalanan ini.

Topik yang akan dibincangkan dalam artikel ini:

  • Cara Berkomunikasi dengan Orang Tersayang
  • Cara Mengatasi Inkontinens
  • Apa yang Perlu Dilakukan Apabila Orang Tersayang Mengalami Halusinasi dan Delusi
  • Cara Mengatasi Letusan Emosi
  • Apa yang Perlu Dilakukan Jika Warga Emas dengan Alzheimer’s Mengembara

 

Cara Berkomunikasi dengan Orang Tersayang

Warga emas dengan Alzheimer’s sering menghadapi kesukaran untuk memahami apa yang cuba anda sampaikan. Mereka juga mungkin sukar menyampaikan keperluan mereka kepada anda.

 

Untuk membantu meningkatkan kualiti komunikasi anda:

  • Ketika bercakap dengan orang tersayang, matikan bunyi dari televisyen, radio, dan sebarang peranti lain. Ini akan membantu mereka menumpukan perhatian penuh kepada anda.
  • Gunakan bahasa yang mudah. Jelaskan perkara dengan perkataan yang mudah dan ayat pendek. Ikuti kelajuan mereka bercakap untuk memudahkan mereka memahami.
  • Mereka mungkin memerlukan masa untuk menyampaikan pendapat, dan elakkan daripada memotong percakapan mereka. Bersabar dan beri mereka masa untuk respon.
  • Sebelum bercakap, sebut nama mereka untuk menarik perhatian.
  • Jika orang tersayang dengan Alzheimer’s menghadapi kesukaran untuk mencari perkataan, berikan peringatan kepada mereka dengan kasih sayang dan rasa hormat. Cuba menyusun arahan dan soalan secara positif untuk mengelakkan membuat mereka merasa rendah diri.
  • Walaupun tindak-tanduk mereka mungkin berubah, warga emas dengan Alzheimer’s tetap merupakan orang dewasa; jangan sekali-kali memperlakukan mereka seperti kanak-kanak.

 

Cara Mengatasi Inkontinens

Seiring dengan perkembangan penyakit, mereka mungkin kehilangan keupayaan untuk mengawal pergerakan usus dan pundi kencing, yang boleh mendatangkan rasa kecewa bagi warga emas dan membawa cabaran bagi penjaga. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan tiada masalah fizikal yang menyumbang kepada keadaan ini. Pastikan mereka menjalani pemeriksaan perubatan secara berkala untuk mengetahui sama ada keadaan mereka semakin merosot.

Beberapa tips untuk membantu mengawal situasi:

  • Tetapkan rutin bilik mandi dan ikut rutin tersebut. Contohnya, selepas makan atau setiap tiga jam. Pastikan mereka pergi ke bilik mandi sebelum mereka bertanya.
  • Bertindak cepat apabila mereka gelisah, bertarik pakaian, atau menunjukkan tanda-tanda bahawa mereka perlu menggunakan bilik mandi.
  • Kurangkan pengambilan cecair sebelum tidur dapat membantu mengurangkan kemalangan malam.
  • Jika melancong bersama mereka, pastikan anda melakukan kajian terlebih dahulu dan ketahui lokasi bilik mandi. Sediakan pakaian yang mudah untuk dibuka dan bawa pakaian tambahan sebagai langkah berjaga-jaga.
  • Akhir sekali, jangan berasa marah apabila kemalangan berlaku.Respon dengan tenang dan penuh kasih sayang.

Halusinasi dan Delusi

Sebahagian warga emas dengan Alzheimer’s mengalami delusi dan halusinasi. Halusinasi berlaku apabila seseorang menghidu, melihat, atau merasakan sesuatu yang tidak nyata. Delusi pula adalah kepercayaan yang dianggap benar walaupun ia tidak berdasarkan fakta.

Cara mengatasinya:

  • Kadang-kadang, halusinasi atau delusi adalah petanda penyakit fizikal. Pastikan anda menyebutnya kepada doktor.
  • Jangan sangkal perasaan atau kepercayaan mereka. Sebaliknya, respon dengan kasih sayang, pujuk dan yakinkan agar mereka merasa selamat, terutama jika ada rasa takut yang mengganggu.
  • Alihkan perhatian mereka dengan aktiviti yang berbeza. Berpindah ke bilik lain juga akan menenangkan mereka.
  • Pesakitt Alzheimer’s mungkin tidak dapat membezakan antara apa yang nyata dan apa yang tidak. Oleh itu, matikan rancangan televisyen yang menyiarkan keganasan atau perkara menyeramkan adalah penting.
  • Pastikan mereka menjauhi daripada barang-barang yang boleh mendatangkan bahaya kepada mereka atau orang lain.

 

Cara Mengatasi Letusan Emosi

Letupan emosi” adalah sesuatu yang biasa dialami oleh mereka yang menghidap Alzheimer’s dan demensia. Situasi ini boleh menjadi sangat mencabar, terutamanya apabila anda biasa melihat ibu bapa anda yang tenang dan terkawal. Perubahan tingkah laku yang berlaku secara tiba-tiba mungkin membuatkan anda terkejut. Mereka mungkin mula mengadu, menggunakan kata-kata kasar, atau menjadi sangat marah dan takut.

Dalam situasi seperti ini, jangan panik atau biarkan diri anda terbawa perasaan. Sebaliknya, kekal tenang dan cuba dengar apa yang mereka ingin sampaikan. Ini mungkin membantu anda memahami apa yang membuatkan mereka berasa seperti itu, dan anda mungkin dapat mengawal keadaan jika ia berlaku lagi. Anda juga boleh belajar cara-cara untuk mengelakkan letupan emosi di masa hadapan.

Apa yang Perlu Dilakukan Jika Warga Emas dengan Alzheimer’s Mengembara

Sebagai penjaga, tugas utama anda adalah memastikan keselamatan orang tersayang. Kadang-kadang, seseorang yang menghidap Alzheimer’s mungkin akan mengembara atau keluar dari rumah atau tempat penjagaan mereka tanpa disedari.

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko mereka tersesat:

  • Pastikan mereka memakai gelang identiti atau gelang perubatan. Ini memudahkan orang lain untuk membantu jika mereka bertemu dengan pesakit Alzheimer’s.
  • Daftarkan orang tersayang anda dalam program Safe Return yang disediakan oleh Persatuan Alzheimer’s jika ada. Memaklumkan jiran dan pihak berkuasa mengenai keadaan mereka juga sangat berguna.
  • Kunjungi balai polis berdekatan untuk mengetahui jika ada jabatan khusus yang menguruskan kes individu yang hilang.
  • Pastikan anda sentiasa mempunyai gambar dan video terkini orang tersebut untuk diberikan kepada polis sekiranya mereka hilang.
  • Pasangkan kunci tambahan di bahagian atas atau bawah pintu. Jika mereka biasa dengan kunci lama, gantikan dengan kunci yang baru.
  • Singkirkan barang-barang berbahaya di rumah yang boleh mendatangkan risiko kepada mereka.

Apabila penyakit ini berkembang, warga emas yang menghidap demensia atau Alzheimer’s dan keluarga mereka mungkin memerlukan lebih banyak sokongan. Jangan ragu untuk menghubungi kami di Care Concierge jika anda memerlukan penjagaan khusus untuk ahli keluarga anda. Jika anda sedang mencari rumah penjagaan untuk mereka, kami di The Mansion sedia membantu, atau anda boleh berbincang lebih lanjut dengan kami.

 

Hubungi kami di +603 2724 3828 atau hantar mesej menggunakan kotak sembang di halaman ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang penjaga kami dan bagaimana mereka boleh membantu menjadikan kehidupan lebih mudah untuk orang tersayang anda dan anda.

 

Diterbitkan Pertama Kali pada 17 Mei 2023

Lebih seperti ini

When Do You Need A Caregiver for Parents

Are you the primary caregiver for your elderly parents? Are you feeling burnt out? Learn about the mental, emotional, physical and post-hospitalisation aspects of caregiving and find out how to get professional help.