Sukar untuk berkomunikasi dengan ibu bapa yang semakin berusia? Ketahui 8 tip praktikal untuk menjadikan perbualan lebih lancar dan membina hubungan yang lebih bermakna dengan mereka.
Kandungan
8 Tip Praktikal tentang Cara Berkomunikasi dengan Ibu Bapa yang Sudah Berusia
Berbual dengan ibu bapa yang semakin berusia boleh menjadi mencabar. Mereka mungkin degil, dan membincangkan hal serius mengenai kesejahteraan mereka boleh menjadi sukar. Walaupun anda faham bahawa mereka bukan sengaja berkelakuan begitu, ia tetap boleh menguji kesabaran anda.
Berikut adalah beberapa tip untuk membantu anda berbual dengan ibu bapa yang semakin berusia tanpa mengguris hati mereka dan meredakan ketegangan.
Simpan Nasihat Anda Kecuali Diminta
Ibu bapa anda selama ini bertanggungjawab ke atas tindakan anda. Dari kecil, ibu bapa adalah orang pertama yang kita rujuk bila perlukan nasihat. Kini, bila mereka semakin tua, anda mungkin mendapati diri anda lebih kerap mengambil alih peranan itu. Tapi, perubahan ini tidak selalu mudah untuk diterima oleh mereka. Oleh itu, sebaiknya cuba tahan dulu nasihat anda dan beri sokongan serta dorongan.
Jika perlu memberi nasihat, cuba ketahui reaksi mereka dahulu. Contohnya, daripada berkata, “Rumah ini terlalu bersepah, awak kena cari seseorang untuk bantu,” cuba tukar kepada, “Pasti susah nak uruskan rumah ini seorang diri.” Bila mereka nampak terbuka, barulah anda boleh mencadangkan, “Awak tahu tak, mengupah tukang kemas adalah satu pilihan? Ia boleh memberi lebih masa untuk awak berehat atau melakukan hobi seperti mengait (ataupun hobi yang lain).”
Dengan cara ini, anda tak nampak seperti terlalu mengarah atau membuat keputusan bagi mereka. Ini juga boleh diaplikasikan untuk topik lebih berat, seperti rumah penjagaan. Mungkin anda boleh berkata, “Ibu Olivia baru-baru ini berpindah ke rumah jagaan. Dia nampak seronok sebab ada ramai kawan baru, macam majlis reunion.” Ini akan membuka peluang untuk mereka sendiri mula mempertimbangkan idea itu.
Dengar dengan Teliti
Beri perhatian apabila orang yang lebih tua bercakap dengan anda. Pendapat mereka tetap penting. Jangan mencelah, cepat memotong cakap mereka atau mengisi kekosongan bila mereka berhenti seketika. Mungkin mereka sedang cuba menyusun ayat. Jadilah pendengar yang sabar dan peka, ia akan buat mereka mula menghargai perhatian anda.
Setuju untuk Tidak Bersetuju
Kebanyakan masa, tiada betul atau salah semasa perbincangan, cuma perspektif yang berbeza. Perbezaan personaliti adalah sesuatu yang menjadikan hubungan kita unik. Penting untuk mengingati perkara ini apabila berbual dengan ibu bapa. Tahan diri daripada memaksa keputusan anda ke atas mereka. Jika mereka masih sihat mental dan isu itu tidak kritikal, biarkan mereka membuat keputusan. Dengan sedikit masa dan kesabaran, anda mungkin dapat mencapai persefahaman bersama.
Bercakap dengan Jelas
Perubahan sukar diterima. Bagi warga tua, menerima hakikat tentang perubahan fizikal seperti pendengaran yang semakin lemah bukanlah perkara mudah. Oleh itu, berbual dengan nada tenang dan lembut amat penting. Jika perlu, bercakaplah dengan jelas tanpa meninggikan suara. Pastikan anda tidak menggumam supaya mesej anda dapat difahami.
Elakkan membincangkan terlalu banyak perkara dalam satu masa. Fokus kepada satu topik dan gunakan ayat yang pendek serta mudah difahami. Jika mereka masih tidak memahami, cuba ubah cara penyampaian anda. Namun, penting untuk tidak membuat mereka rasa seperti diajar. Meskipun mereka mungkin mengalami dementia, mereka bukan kanak-kanak. Melayan mereka seperti kanak-kanak boleh menyinggung perasaan mereka.
Kurangkan Gangguan Ketika Berbual
Manusia mudah terganggu oleh persekitaran. Keupayaan untuk melakukan banyak tugasan dan fokus semakin berkurangan dengan usia. Oleh itu, wujudkan persekitaran yang tenang sebelum memulakan perbincangan penting. Semasa perbincangan keluarga, pastikan mereka tidak duduk di hujung meja. Letakkan mereka di tengah-tengah supaya mereka berasa dihormati dan diiktiraf sebagai sebahagian penting dalam perbualan.
Fahami Perspektif Ibu Bapa
Sukar memahami pengalaman orang lain jika kita tidak melaluinya sendiri. Letakkan diri anda di tempat ibu bapa. Bagaimana jika anda kehilangan pasangan hidup, kesihatan, kewangan, rakan-rakan pengerakan atau kebebasan? Ia boleh menjadi masa yang mencabar bagi mereka. Tunjukkan empati dan galakkan mereka berkongsi perasaan.
Pilih Perkara Penting Sahaja
Banyak perkara boleh menjadi isu apabila kita semakin tua. Sama ada isu pergerakan, kesunyian, atau masalah memori, sebagai penjaga, adalah penting untuk memberi fokus kepada perkara utama yang dapat meningkatkan kesejahteraan mereka. Menumpukan perhatian kepada terlalu banyak perkara boleh membebankan anda dan mereka. Fokus pada perkara kecil dan nikmati kejayaan kecil. Akhirnya, anda akan dapat melihat perubahan positif.
Ketawa Bila Ada Peluang
Ketawa adalah penawar terbaik. Ketawa boleh mencairkan suasana tegang dan mengeratkan hubungan antara anda dan warga tua. Cari peluang untuk bergelak ketawa bersama melalui cerita lucu atau kenangan lama. Namun, pastikan kelucuan itu dikongsi bersama mereka, supaya mereka tidak terasa seperti diperlekehkan.
Mulakan Perbualan Awal
Jangan tunggu sehingga masalah timbul untuk berbincang hal-hal penting. Berbincanglah tentang perkara seperti kesihatan dan kesejahteraan lebih awal. Ini dapat mengelakkan salah faham dan memastikan keputusan terbaik dibuat dengan persetujuan bersama. Jangan tunggu sehingga timbul masalah besar seperti isu kesihatan atau kewangan sebelum membincangkannya.
Penutup
Menjaga ibu bapa yang semakin berusia adalah satu anugerah dan sesuata yang patut diraikan, walaupun ia kadangkala mencabar. Kemahiran komunikasi yang baik dapat membantu memperkukuh hubungan dengan warga tua. Ingat untuk sentiasa bertindak lembut, bersabar, dan pilih masa yang sesuai untuk memulakan topik yang sensitif.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai cara menjaga ibu bapa yang semakin berusia, kami telah menyusun 10 tip untuk membantu anda dalam artikel ini.
Hubungi kami di +603 2724 3828 atau hantar mesej menggunakan kotak sembang di halaman ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang penjaga kami dan bagaimana mereka boleh membantu menjadikan kehidupan lebih mudah untuk anda dan orang tersayang.
Pertama Kali Diterbitkan pada 12 Julai 2023