5. Main Permainan: Kajian pada tahun 2020 menunjukkan bahawa warga emas dalam peringkat awal dan pertengahan demensia yang bermain permainan papan, permainan video, atau permainan realiti maya dapat meningkatkan daya ingatan jangka pendek, masa tindak balas, dan kemahiran penyelesaian masalah.
6. Menceritakan Jenaka: Mereka yang menghidap demensia masih mempunyai seleras humor. Cari aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama; selain itu, semua orang memerlukan gelak ketawa yang baik untuk keseimbangan hidup.
7. Berkebun: Berkebun bukan sahaja memberi peluang untuk menikmati udara segar dan bersenam. Pertukaran persekitaran juga bermanfaat kepada anda sebagai penjaga. Memberi mereka ruang kecil untuk berkebun atau merumput adalah idea yang bagus. Aktiviti sebagai merumput, menyapu laluan, memotong rumput tepi jalan dan pembersihan am adalah aktiviti yang boleh dilakukan oleh mereka yang menghidapi demensia dan membantu mereka kekal sibuk.
8. Cuba Senaman Kerusi: Mainkan muzik kegemaran mereka sambil mengajak mereka melakukan senaman kerusi yang melibatkan pengerakan, seperti mengangkat lengan atau membengkokkan kaki. Mulakan dengan 20 minit dan tingkatkan masa secara berperingkat ke 40 minit.
9. Berenang: Berenang sering dikaitkan dengan kenangan manis masa kecil. Oleh itu, ia boleh memberi kesan positif terhadap perasaan seseorang. Kesan ini boleh bertahan lama walaupun selepas sesi berenang selesai.
10. Cuba Tai Chi: Ini adalah intervensi berasaskan senaman yang dikatakan dapat mengurangkan risiko jatuh. Ia adalah senaman Cina kuno yang dijalankan secara perlahan, dengan pergerakan mengalir dan kawalan pernafasan.
11. Menunggang Basikal: Basikal tandem adalah berguna kerana anda boleh menunggang dan mengawal basikal tersebut manakala orang lain membantu mengayuh. Jika mereka sudah mempunyai masalah keseimbangan, pertimbangkan untuk menyewa basikal roda tiga.
12. Menari: Anda boleh mendaftarkan orang yang anda sayangi di kelab warga emas kerana kelab kebiasaannya memasukkan aktiviti menari dalam jadual mereka. Jika mereka tidak tahu menari, gaya tarian yang mudah seperti square dancing boleh menjadi pilihan menyeronokkan.
13. Menulis Diari: Setiap guru menekankan kepentingan menulis diari dalam kehidupan seseorang. Ia boleh membantu warga emas yang menghidapi demensia untuk melatih minda dan mengurangkan tekanan.
14. Kuasa Muzik: Mendengar muzik terbukti dapat mengurangkan tingkah laku negatif yang sering berlaku pada peringkat pertengahan demensia.
15. Cipta Kotak Kenangan: Ini adalah cara yang menyenangkan untuk menghabiskan waktu bersama, terutama jika anda tidak bercadang aktiviti di luar rumah. Isi kotak kenangan dengan barangan yang membawa memori indah dan melihat kembali bersama. Kotak ini boleh menjadi sumber ketenangan dan hiburan bagi mereka, terutama ketika mereka berasa cemas.
16. Lawati Tempat Mesra dan Dikenali: Bawa warga emas yang menghidap demensia ke tempat-tempat yang pernah mereka sukai seperti muzium, kafe dan tempat awam adalah langkah yang baik. Tempat sedemikian mungkin dapat membantu meningkatkan ingatan mereka.
17. Makan dan Tidur pada Waktu yang Sama Setiap Hari: Sihat atau tidak, kita berfungsi lebih baik apabila kita makan dan tidur pada waktu yang sama setiap hari. Sebaiknya, makan dan tidur pada waktu yang tetap. Ini memberikan struktur harian dan meningkatkan fokus mereka sepanjang hari.
18. Jangan Takut untuk Bercerita Tentang Kenangan: Anda mungkin takut untuk berkongsi kisah lama kerana tidak tahu bagaimana orang yang anda sayangi akan bertindak balas. Namun, bercerita tentang kenangan indah akan mengingatkan mereka tentang kehidupan mereka yang penuh makna.
19. Mengait: Aktiviti mengait dapat merangsang bahagian tertentu dalam otak, termasuk memori dan kemampuan untuk fokus, yang sering terjejas akibat demensia. Seperti senaman untuk otot, mengait membantu menguatkan fungsi-fungsi ini dan mengekalkan kekuatannya walaupun keupayaan kognitif berkurangan secara beransur-ansur. Kajian menunjukkan bahawa aktiviti seperti mengait dapat memperlahankan penurunan kognitif sehingga 50%.
20. Masak atau Bakar Bersama: Memasak atau membakar boleh menjadi cara yang menyeronokkan untuk meluangkan masa bersama. Selagi ia selamat, biarkan mereka melakukan sebanyak mungkin dalam proses tersebut.