Care Concierge

Permohonan Kerjaya di

Care Concierge

Proses Permohonan

1

Sila rujuk kekosongan jawatan yang tersedia di bawah.

2

Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan anda.

3

Pemohon yang berjaya akan dihubungi untuk proses pengambilan.

1

Sila rujuk kekosongan jawatan yang tersedia di bawah.

2

Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan anda.

3

Pemohon yang berjaya akan dihubungi untuk proses pengambilan.

Jawatan Kosong

Sertai Kami sebagai Penjaga!

Care Concierge menawarkan peluang kerjaya yang bermakna sebagai Pembantu Penjagaan di Rumah atau Pembantu Penjagaan Kesihatan di seluruh Malaysia.

  • Penjaga di Rumah: Penjagaan berasaskan pelanggan dengan jadual kerja yang fleksibel mengikut kesesuaian anda.

  • Penjaga di Rumah Jagaan: Jawatan sepenuh masa di pusat penjagaan kami dengan waktu kerja yang tetap.

Sama ada anda mencari pekerjaan separuh masa atau kerjaya jangka panjang, kami mengalu-alukan permohonan anda. Pengalaman tidak diperlukan.

Kelayakan:

  • Minat terhadap penjagaan, serta mempunyai sifat penyayang dan prihatin.

  • Sijil atau latihan berkaitan dianggap satu kelebihan.

Sertai kami dan jadilah sebahagian daripada pasukan yang membawa perubahan bermakna dalam kehidupan mereka yang kami jaga.

Sertai Kami sebagai Jururawat!

Care Concierge sedang mencari Jururawat yang berdedikasi untuk menyertai pasukan kami di Malaysia.

  • Jururawat di Rumah: Penjagaan berasaskan pesakit di kediaman pelanggan dengan jadual kerja yang fleksibel mengikut keselesaan anda.

  • Jururawat Rumah Jagaan: Jawatan sepenuh masa di pusat penjagaan kami, menawarkan waktu kerja yang konsisten dan pengalaman kerja yang bermakna.

Kami mengalu-alukan calon sepenuh masa dan separuh masa, — sama ada baru atau sudah berpengalaman.

  • Kelayakan dalam bidang kejururawatan (Diploma, Ijazah, atau setaraf)

  • Lesen Pengamalan Tahunan (Annual Practicing Certificate, APC)

Sertai kami dan sumbangkan kepakaran anda dalam meningkatkan kesejahteraan serta penjagaan pelanggan kami.

Sertai Pasukan Kami Ahli Fisioterapi!

Di Care Concierge, kami mencari Ahli Fisioterapi yang berkemahiran untuk menyertai pasukan kami di Malaysia:

  • Fisioterapi di Rumah: Menyediakan rawatan fisioterapi berasaskan pesakit di kediaman pelanggan, dengan jadual kerja yang fleksibel mengikut gaya hidup anda.

  • Ahli Fisioterapi Rumah Jagaan: Menjalankan tugas sepenuh masa di pusat penjagaan kami, menawarkan pemulihan dan rawatan yang konsisten serta bermakna.

Peluang tersedia untuk jawatan separuh masa dan sepenuh masa, sesuai untuk graduan baharu mahupun profesional berpengalaman.

Kelayakan:

  • Ijazah dalam Fisioterapi atau kelayakan setaraf

  • Lesen atau pendaftaran sebagai Ahli Fisioterapi

Sertai kami dan berikan impak positif terhadap kesihatan serta kesejahteraan pelanggan kami.

Sertai Kami sebagai Ahli Terapi Pertuturan!

Teroka pelbagai peluang menarik di Care Concierge sebagai Ahli Terapi Pertuturan di Malaysia.

  • Penjagaan di Rumah (Locum): Kerja fleksibel mengikut jam di kediaman pelanggan.

  • Ahli Terapi Pertuturan Rumah Jagaan: Jawatan sepenuh masa di pusat penjagaan kami di seluruh Malaysia.

Terbuka kepada calon separuh masa dan bakal calon sepenuh masa. Graduan baharu juga dialu-alukan. Tidak memerlukan pengalaman.

Kelayakan:

  • Ijazah Sarjana Muda dalam Terapi Pertuturan

Kami teruja untuk menyambut kehadiran anda dan menantikan sumbangan anda sebagai ahli pasukan kami.

Mengenai Care Concierge

Care Concierge adalah peneraju bidang penjagaan warga emas di Malaysia, menawarkan penyelesaian penjagaan menyeluruh yang direka khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan warga emas. Perkhidmatan kami merangkumi Kediaman Penjagaan Berbantu, Penjagaan di Rumah, Penjagaan Harian Warga Emas, dan Akademi Khas yang ditubuhkan bagi menyediakan bantuan terbaik sambil memupuk kesejahteraan warga emas. Dengan lebih daripada 2,500 tenaga profesional — termasuk penjaga, jururawat, dan ahli terapi — Care Concierge menyediakan penjagaan peribadi, meliputi bantuan jangka pendek selepas keluar hospital hingga sokongan jangka panjang seperti pemulihan angin ahmar (stroke), penjagaan kanser, demensia, Alzheimer, Parkinson, dan lain-lain.

Bagi mengekalkan standard tertinggi dalam penjagaan warga emas, Care Concierge Academy menawarkan kursus pendek praktikal serta Program Pensijilan yang dianugerahkan bersama Centre of Corporate and Community Development, UTAR (Universiti Tunku Abdul Rahman) — sebuah universiti penyelidikan swasta bukan berasaskan keuntungan yang terkemuka di Malaysia.
Lebih daripada sekadar institusi latihan, Care Concierge komited untuk membangunkan bakat profesional dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan serta pelan pembangunan kerjaya yang terancang, memastikan mereka berupaya berkembang jauh dalam industri penjagaan warga emas.

Komitmen Kami terhadap ESG

Care Concierge berbangga menjadi tempat kerja yang mengamalkan peluang sama rata dan merupakan majikan yang menyokong tindakan afirmatif. Kami komited untuk menyediakan peluang pekerjaan yang adil tanpa mengira bangsa, warna kulit, keturunan, agama/kepercayaan, jantina, umur, status perkahwinan, identiti jantina, orientasi seksual, saiz badan, keupayaan fizikal, atau sebarang status dan ciri lain yang tidak berkaitan dengan keperluan asas pekerjaan.

Care Concierge juga komited untuk menyediakan pengalaman yang inklusif dan mudah diakses oleh semua pencari kerja. Matlamat kami adalah untuk mewujudkan tempat kerja yang terbuka, inklusif dan mudah diakses, di mana setiap individu mempunyai peluang untuk berjaya.