



Inilah peluang anda untuk membina kerjaya yang mendapat permintaan tinggi sambil berkhidmat kepada komuniti warga emas Malaysia yang semakin berkembang.
Sertai sekarang untuk latihan yang ditaja sepenuhnya, latihan industri berbayar dan peluang untuk mendapatkan penempatan kerja tetap selepas berjaya menamatkan program dan meluluskan penilaian. Anda akan memperoleh pendapatan sepanjang program dan menamatkan pengajian dengan pensijilan bersama daripada Care Concierge Academy dan UTAR Pusat Pembangunan Korporat dan Komuniti (CCCD), membuka peluang kerjaya dalam sektor penjagaan kesihatan.
Mengenai Program Pembangunan K-Youth (K-Youth)
K-Youth adalah inisiatif kebolehpasaran belia oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang bertujuan untuk membangunkan bakat masa depan Malaysia. Program ini mempersiapkan para belia dengan kemahiran dan pengalaman bernilai komersial bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka.
Khazanah kekal komited untuk menyokong kebolehpasaran belia negara, sejajar dengan strategi Memajukan Malaysia kami dan aspirasi Malaysia MADANI.
*Jika penempatan anda tidak menyediakan penginapan, pasukan kami akan membantu anda mencari pilihan sewaan yang sesuai di kawasan bedekatan (kos sewaan adalah tanggungan anda).


Hantar Permohonan Anda
Isi borang dalam talian dengan maklumat peribadi anda.


Temu Duga & Pemeriksaan Kesihatan
Lengkapkan sesi temu duga (dalam talian / bersemuka) dan saringan kesihatan wajib* bersama Care Concierge Academy.


*Nota: Saringan kesihatan merangkumi pemeriksaan
perubatan standard (ujian dadah, HIV,Hepatitis B/C
dan sifilis) yang diperlukan untuk semua
profesional penjagaan warga emas.


Terima Surat Tawaran Anda
Pemohon yang berjaya akan menerima surat tawaran rasmi melalui e-mel.


Sahkan & Mulakan Latihan Anda
Sahkan tempat anda dan mulakan perjalanan untuk menjadi Penjaga Profesional!
Tempah tempat anda dalam kohort akan datang:
Mei: 4 Mei 2026
Jun: 8 Jun 2026
Julai: 6 Julai 2026
Ogos: 3 Ogos 2026
September: 7 September 2026
*Terhad kepada 20–25 peserta bagi setiap kohort. Permohonan awal adalah digalakkan.
Pembelajaran intensif selama 1 bulan serta latihan simulasi praktikal di Care Concierge Academy di KL
Latihan amali berbayar selama 3 bulan di fasiliti jagaan warga emas Care Concierge dan rakan industrinya
Penempatan kerja secara terus selama 8 bulan selepas berjaya menamatkan latihan dan meluluskan penilaian bagi melengkapkan komitmen anda sebagai Penjaga Profesional yang bertauliah
Populasi warga emas yang semakin meningkat membuka peluang kerjaya di dalam dan luar negara
Belajar daripada tenaga pengajar berdedikasi dengan pengalaman lebih 40 tahun dalam kejururawatan dan pengalaman antarabangsa
Terima pendapatan sepanjang 4 bulan latihan intensif dan latihan industri, ditaja sepenuhnya oleh Khazanah
1. Adakah program ini sah?
Ya! Anda boleh mengesahkan kerjasama kami dengan Khazanah di laman web rasmi K-Youth Development Programme: K-Youth | Khazanah Nasional Berhad
2. Apakah yang dilakukan oleh penjaga profesional (professional caregiver)?
Penjaga profesional membantu warga emas dengan aktiviti harian dan meningkatkan kualiti hidup mereka melalui:
Ketahui lebih lanjut tentang peranan penjaga profesional dan bagaimana mereka menyokong komuniti warga emas dalam blog kami:
3. Saya tiada pengalaman langsung. Bolehkah saya sertai?
Sudah tentu! Tiada pengalaman diperlukan jika anda memenuhi syarat asas penyertaan.
4. Saya dari luar KL/Selangor/Penang/Sarawak. Adakah saya akan menerima sokongan (perumahan, pengangkutan, elaun) jika dipilih?
Ya, berikut yang disediakan:
5. Bolehkah warga asing atau pemegang PR memohon?
Tidak. Program ini khusus untuk warganegara Malaysia sahaja.
6. Saya akan berumur 31 tahun tahun ini tapi masih 30 sekarang. Bolehkah saya memohon?
Tidak. Kelayakan adalah berdasarkan tahun kelahiran, bukan tarikh lahir.
7. Bagaimana proses pemilihan?
Nota: Saringan kesihatan merangkumi ujian dadah, HIV, Hepatitis B/C dan sifilis untuk memastikan kesesuaian bekerja dalam penjagaan warga emas.
8. Adakah ia benar-benar 100% percuma?
Ya! Ditaja sepenuhnya oleh Khazanah’s K-Youth Development Programme. Tiada yuran tersembunyi.
9. Adakah saya akan mendapat sijil?
Ya, anda akan menerima Sijil Mastery of Caregiving (Kepakaran dalam Penjagaan), dianugerahkan bersama oleh Care Concierge Academy dan Universiti Tunku Abdul Rahman Pusat Pembangunan Korporat dan Komuniti (UTAR CCCD).
10. Adakah saya akan menerima gaji/elaun semasa program?
Ya, anda akan menerima gaji sepenuh masa dengan caruman undang-undang. Elaun tambahan tidak disediakan.
11. Saya sudah menghantar permohonan. Apa seterusnya?
Kami akan mengesahkan permohonan anda dalam masa 3 hari bekerja. Jika disenarai pendek, anda akan dijemput untuk temu duga dan saringan kesihatan.
12. Bilakah saya akan tahu jika diterima?
Anda akan dimaklumkan dalam 3 hari bekerja selepas temu duga dan saringan kesihatan sama ada anda diterima atau tidak.
1. Apakah struktur program ini?
2. Bila saya boleh mula? Bolehkah saya pilih tarikh pengambilan saya?
Pengambilan bulanan berlangsung dari Mei–September 2026. Anda boleh memilih tarikh pengambilan yang dikehendaki semasa memohon.
3. Bolehkah saya tukar tarikh pengambilan selepas memohon?
Ya, anda boleh tukar tarikh pengambilan sebelum program bermula. Pengambilan pilihan anda akan disahkan semasa temu duga.
4. Di manakah program ini berlangsung?
5. Apa yang perlu saya bawa atau sediakan?
Bawa sahaja semangat untuk belajar! Untuk latihan, anda perlu bawa:
6. Siapakah tenaga pengajar?
Dua tenaga pengajar utama kami masing-masing mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam kejururawatan, merangkumi pengalaman di UK, Arab Saudi, USA dan Malaysia. Mereka bersemangat melatih generasi penjaga professional warga emas Malaysia yang seterusnya dengan gabungan kepakaran dan hati.
7. Apa yang berlaku jika saya sedar program ini bukan untuk saya, atau perlu berhenti awal?
Kami mahu anda berjaya! Jika anda menghadapi cabaran, sila berbincang dahulu dengan pengajar atau penyelaras program. Jika anda perlu berhenti atas sebab yang tidak dapat dielakkan, tiada penalti dikenakan.
1. Di manakah penempatan kerja? Bolehkah saya pilih?
Penempatan kerja adalah di KL, Selangor, dan Penang (Sarawak bergantung pada rakan kongsi). Anda boleh nyatakan lokasi pilihan, tetapi jika penuh, anda perlu pilih lokasi lain atau terima cadangan pasukan kami.
2. Adakah kerja dijamin?
Penempatan kerja 8 bulan tertakluk kepada:
Lulus ketiga-tiga tahap dan anda dijamin penempatan 8 bulan untuk melengkapkan komitmen 12 bulan anda.