The Mansion adalah rumah di mana alam semula jadi, komuniti, kesihatan, dan kesejahteraan bersatu untuk mencipta suasana yang tenang dan selamat bagi warga emas.
Kami menawarkan lebih daripada penjagaan 24/7. Pasukan Penjaga Profesional serta Pakar bertauliah kami bukan sahaja memenuhi keperluan kesihatan tetapi juga memperkayakan kehidupan penghuni melalui pendekatan kesejahteraan holistik.
Unit Rumah Jagaan (ALU) direka sebagai kediaman peribadi dengan perkhidmatan lengkap, sesuai untuk mereka yang memerlukan bantuan perubatan berterusan dan sokongan 24/7, termasuk pesakit Demensia, Alzheimer, Cancer Care, Pemulihan Strok, Komorbiditi, dan seumpamanya.
Pakar Penjaga kami bukan sekadar membantu dalam penjagaan harian dan prosedur perubatan. Mereka juga menjadi teman dan melibatkan penghuni dalam pelbagai aktiviti yang bermakna. Dengan hidangan sihat yang disediakan oleh cef profesional serta penjagaan kebersihan oleh pasukan pengemas, penghuni dapat menikmati suasana kediaman yang selesa dan teratur.
Unit Rumah Jagaan disediakan untuk mereka yang terlantar, sukar berjalan, memerlukan penjagaan pasca rawatan hospital, atau memerlukan bantuan berterusan dalam aktiviti harian.
Kediaman peribadi servis penuh ini direka untuk memberi kediaman jangka masa panjang dengan sokongan penjagaan. Dengan pasukan concierge, jururawat, pakar, dan penjaga yang bersedia sepanjang masa, ALU memastikan penghuni menerima penjagaan terbaik daripada mereka yang pakar dalam bidang ini.
Unit Rumah Jagaan kami mentakrifkan semula konsep penjagaan intensif.
Di sini, semua keperluan penjagaan warga emas dipenuhi dalam keselesaan ruang peribadi yang boleh disesuaikan mengikut keperluan individu. Dalam masa yang sama, penghuni masih dapat menikmati manfaat hidup dalam komuniti yang mesra dan menyokong.
Dengan seliaan sepanjang masa, penjagaan menyeluruh, serta bantuan kejururawatan yang lengkap, yakinlah bahawa anda dan orang tersayang berada dalam jagaan terbaik di ALU.

Pakar Penjaga Warga Emas kami bersedia memberikan bantuan peribadi mengikut keperluan unik setiap individu.
Kami tidak akan menghantar mesej jualan atau promosi yang tidak diingini ke telefon atau WhatsApp anda.
Sekiranya anda di luar negara atau mengalami kesukaran untuk menelefon, hubungi saja kami melalui WhatsApp.