Komune Care ialah hasil kerjasama antara Care Concierge, pakar dalam gaya hidup warga emas, dan UOA. Terletak dalam Komune Living & Wellness, sebuah komuniti bersepadu yang merangkumi pelbagai generasi, kami menawarkan 200 Suite Rumah Jagaan serta Pusat Jagaan Harian Warga Emas terbesar di Malaysia.
Rasai ketenangan dengan sokongan pasukan penjagaan warga emas dan demensia kami, terdiri daripada Penjaga profesional, Jururawat, dan Jurupulih berpengalaman, yang dibantu oleh teknologi terkini untuk penjagaan lebih efektif.
Kami menyediakan bantuan perubatan 24/7 bagi Demensia, Alzheimer, Pemulihan Strok, Pasca Rawatan Hospital, Cancer Care dan Komorbiditi.
Direka khas bagi warga emas yang memerlukan sokongan tambahan untuk makan, mandi, memakai baju, menjaga kebersihan sendiri dan ke tandas, Angsana Home bukan saja memastikan kebolehan warga emas berdikari, malah turut menawarkan sokongan dan jagaan pada setiap waktu. Tahap sokongan ini amat bermanfaat bagi individu yang mengalami penyakit seperti Demensia, Alzheimer, kanser, komorbiditi, pelbagai keadaan kesihatan lain atau pun dalam pemulihan strok.
Adakah anda hidup berseorangan di rumah tanpa sokongan atau teman? Sebaliknya, anda boleh meluangkan masa bersama individu yang sekufu, memupuk persahabatan baharu, mengamalkan gaya hidup yang aktif dan menarik, dan menerima jagaan dan sokongan yang diperlukan.
Kekalkan gaya hidup aktif dan menarik: Jurupulih Pekerjaan kami yang serba mahir telah merangka pelbagai senaman geriatrik pergerakan untuk mengekalkan tubuh badan dan akal fikiran aktif, dalam persekitaran tenang, selamat dan senang.
Nikmati kehidupan berkomuniti: Nikmati teman persahabatan dan kesalinghubungan komuniti sepanjang hari. Clubhouse kami adalah suatu tempat yang selamat, seronok dan menarik untuk ahli kami bersinggah.
Penjagaan Terkhusus: Satu pasukan jururawat berdaftar dan penjaga yang berdedikasi sedia memberi bantuan bagi Aktiviti Kehidupan Harian (ADL), pemantauan perubatan dan mencatat pemakanan dan penanda vital.
Warga emas berusia 60 tahun ke atas, yang kurang upaya dan menghadapi kekangan fizikal atau kognitif seperti demensia awal atau penyakit Parkinson, akan mendapat manfaat besar dengan perkhidmatan penjagaan pengusiaan kami.
Pakar Penjaga Warga Emas kami bersedia memberikan bantuan peribadi mengikut keperluan unik setiap individu.
Kami tidak akan menghantar mesej jualan atau promosi yang tidak diingini ke telefon atau WhatsApp anda.
Sekiranya anda di luar negara atau mengalami kesukaran untuk menelefon, hubungi saja kami melalui WhatsApp.