Care Concierge

Pengetahuan / Blog

Nasihat & Tip

Penjagaan Warga Emas – Isu yang Semakin Meningkat di Tempat Kerja

Adakah pekerja anda kerap mengambil cuti kecemasan kerana menjaga keluarga? Ketahui cara syarikat boleh menangani isu ini dengan menyediakan pendidikan, manfaat, dan diskaun perkhidmatan penjagaan untuk meningkatkan produktiviti dan moral pekerja.

Kongsi Artikel Ini

Menurut laporan terbaru, kerajaan membelanjakan RM900 juta setiap tahun untuk menyokong warga emas melalui bantuan dan penjagaan. Dana ini digunakan untuk menguruskan 15 institusi yang diuruskan oleh jabatan kebajikan serta menyediakan pelbagai bentuk bantuan. Namun, dengan jumlah warga emas yang semakin meningkat di negara kita, adalah penting bagi sektor swasta untuk turut mengambil bahagian dalam menangani isu ini.

Topik yang akan kami kongsikan dalam artikel Ini:

  • Peranan Penjaga dalam Mempengaruhi Majikan
  • Bagaimana Keadaan Pekerja yang Memikul Tanggungjawab Penjagaan?
  • Langkah Korporat Dalam Menangani Krisis Penjagaan
  • Apa yang Korporat Boleh Lakukan Untuk Membantu?

Adakah situasi ini biasa di tempat kerja anda?

  • Pekerja kerap mengambil cuti kecemasan
  • Cuti panjang atau berhenti kerja kerana komitmen keluarga
  • Pekerja kerap datang lewat atau pulang awal
  • Permintaan untuk waktu kerja fleksibel atau peranan separuh masa

Tanda-tanda ini menunjukkan bahawa mereka memainkan peranan besar sebagai penjaga ahli keluarga atau orang tersayang, sama ada menjaga sendiri atau dengan bantuan pembantu rumah. Seiring masa, tanggungjawab ini boleh memberi kesan mendalam pada produktiviti, pengekalan pekerja, ketidakhadiran, dan gangguan kerja. Akibatnya, kos untuk melatih pekerja baharu meningkat, bersama dengan peningkatan keperluan pengawasan dan kemalangan di tempat kerja. Untuk syarikat yang ingin meningkatkan produktiviti, mencapai kecemerlangan, dan keuntungan, mereka perlu menyedari bahawa semakin ramai pekerja mereka juga berperanan sebagai penjaga utama dalam keluarga.

Bagaimana Keadaan Pekerja yang Memikul Tanggungjawab Penjagaan

Salah satu tanda yang biasa terlihat pada pekerja yang memikul tanggungjawab sebagai penjaga utama ialah kekerapan mereka mengambil cuti kecemasan. Sebahagian besar pekerja menghadapi situasi ini apabila mereka perlu membawa ibu bapa yang uzur untuk pemeriksaan atau rawatan kecemasan. Kita juga sering melihat mereka sibuk dengan panggilan telefon sepanjang hari, memberi atau menerima kemas kini mengenai keadaan ahli keluarga yang kurang sihat.

Peranan sebagai penjaga utama boleh memberi kesan besar kepada kehidupan seseorang, termasuk pekerja. Ada yang perlu datang lewat ke tempat kerja, pulang awal atau mengambil cuti tanpa dirancang demi menjaga orang tersayang. Beban ini sering disertai kurang tidur dan kesukaran untuk fokus, yang boleh menjejaskan produktiviti dan hubungan kerja. Apabila ketidakhadiran menjadi lebih kerap, tekanan meningkat untuk rakan sekerja serta menyebabkan keseluruhan semangat pasukan merosot. Hal ini akan berlaku terutama bagi penjaga utama memegang jawatan kepimpinan dalam pasukan tetapi kehadirannya tidak ada secara mental.

Peranan Korporat dalam Mendepani Krisis Penjagaan

Tanggungjawab penjagaan adalah tugas yang mencabar, terutamanya bagi pekerja dalam lingkungan usia 30-an. Fenomena ini dijangka terus meningkat memandangkan Malaysia bakal menjadi negara menua menjelang 2030, dengan 15% penduduk berumur 60 tahun ke atas. Syarikat korporat boleh memainkan peranan penting dalam menangani isu ini dengan menyediakan pendidikan tentang perancangan penjagaan masa depan, manfaat dan diskaun istimewa kepada perkhidmatan seperti sokongan penjaga profesional, rumah jagaan, dan penjagaan warga emas. 

Selain itu, penting untuk mewujudkan saluran komunikasi terbuka bagi pekerja yang bergelut dengan tanggungjawab penjagaan, dengan nasihat dan kaunseling yang sesuai diberikan. Ini dapat mengurangkan stigma penggunaan perkhidmatan penjagaan, dan membina budaya kerja yang lebih telus serta saling percaya antara pekerja dan majikan. Sokongan seperti ini dapat membantu syarikat mengekalkan daya tahan dan bakat terbaik mereka.

Ketenteraman fikiran yang diperoleh melalui penjagaan profesional seperti yang disediakan oleh Care Concierge sangat berharga. Ia membolehkan pekerja fokus pada kerjaya mereka tanpa perlu risau tentang ahli keluarga yang memerlukan penjagaan.

Apa yang Korporat Boleh Lakukan Untuk Membantu?

  1. Libatkan organisasi profesional seperti Care Concierge untuk mengadakan ceramah berkenaan penjagaan.
    Di Care Concierge, kami menawarkan ceramah korporat yang menyentuh pelbagai aspek penjagaan dan cara untuk menjaga orang tersayang. Kami menyediakan kemahiran asas untuk penjaga utama yang dapat memberikan penjagaan yang kualiti dan mengelakkan kecenderaan. Topik ceramah juga meliputi teknik selamat mengangkat dan memindahkan, kebersihan, serta pemerhatian tanda-tanda penting kesihatan. Kami menyediakan sesi pendek atau panjang yang disesuaikan dengan keperluan syarikat.

  2. Selidiki dan fahami keperluan sebenar untuk menyediakan pampasan dan manfaat yang sesuai.
    Memahami demografi dan keperluan pekerja sangat penting dalam merangka manfaat dan polisi yang bermakna dan sesuai. Dengan kadar kelahiran rendah di Malaysia, manfaat penjagaan kanak-kanak mungkin kurang relevan untuk semua. Sebaliknya, penjagaan warga emas kini menjadi keutamaan, terutama bagi staf senior dan kakitangan utama yang memerlukan bantuan lebih daripada sekadar pembantu rumah. Perkhidmatan penjagaan juga melangkaui penjagaan warga emas. Melalui penjagaan profesional, pekerja yang berada dalam tempoh pasca-hospitalisasi dapat pulih dengan lebih cepat, manakala yang lain boleh mendapatkan perkhidmatan fisioterapi di rumah.

Persekitaran kerja yang menyokong dan empati meningkatkan kepercayaan serta kepuasan pekerja. Ini memberi impak positif kepada kadar pengekalan dan penglibatan mereka dalam syarikat.

Care Concierge menawarkan perkhidmatan penjaga profesional, jururawat, dan ahli terapi yang terlatih untuk penjagaan warga emas di rumah dan pemulihan. Pakar Penjagaan Warga Emas kami disahkan dan terlatih untuk memberikan penjagaan terbaik, membantu dengan Aktiviti Kehidupan Harian (Activities of Daily Living, ADLs) dan menyediakan penjagaan khas untuk keadaan seperti kanser, pemulihan strok, demensia, Alzheimer’s, dan penjagaan pasca hospitalisasi. Pakar-pakar ini bekerjasama rapat dengan Pengurus Penjagaan kami, yang disokong oleh pasukan doktor dan jururawat.

Dengan menyokong pekerja melalui pendidikan, manfaat, dan insentif penjagaan, syarika boleh meringankan beban mereka sebagai penjaga utama. Dalam jangka masa panjang, ini akan meningkatkan produktiviti, pengekalan, dan membina budaya kerja syarikat yang lebih positif.

Care Concierge juga menyediakan pakej penjagaan dan ceramah untuk syarikat korporat untuk membantu dalam pengekalan pekerja. Hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang boleh kami lakukan untuk syarikat anda.

 

Hubungi kami di +603 2724 3828 atau hantar mesej menggunakan kotak sembang di halaman ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang penjaga kami dan bagaimana mereka boleh membantu menjadikan kehidupan lebih mudah untuk anda dan orang tersayang.

 

Pertama kali diterbitkan pada 30 Jun 2023