Care Concierge

Pengetahuan / Blog

Nasihat & Tip

8 Cara Membantu Orang Tersayang yang Menghidap Penyakit Parkinson's

Ada orang tersayang yang hidup dengan Penyakit Parkinson’s? Kami kongsikan 8 cara untuk membantu mereka, termasuk memahami keperluan mereka, galakkan bersenam, dan libatkan mereka dalam aktiviti harian. Tunjukkan kesabaran dan pemahaman ketika membantu mereka menjalani kehidupan seperti biasa.

Kongsi artikel ini

Dengan nisbah neurologis-pesakit yang rendah dan populasi yang semakin berusia,  masalah pandemik Parkinson’s adalah sangat nyata di Malaysia walaupun penyakit ini tidak berjangkit.

Topik yang akan kami kongsikan dalam artikel ini:

  1. Pelajari sebanyak mungkin tentang penyakit ini
  2. Sukarelawan untuk membantu, menyokong dan membimbing
  3. Menggalakkan senaman fizikal
  4. Membantu warga emas menjalani kehidupan normal
  5. Keluar rumah dan nikmati keseronokan di luar rumah
  6. Dengarkan dengan teliti
  7. Perhatikan gejala yang semakin teruk
  8. Bersabar

Apabila orang yang anda sayangi menghidap penyakit Parkinson’s, anda mungkin menjadi individu pertama yang menyedari tanda-tanda dan simptom penyakit tersebut. Tanda-tanda awal Parkinson’s termasuklah masalah keseimbangan, pergerakan, gegaran, serta beberapa gangguan tingkah laku. Gejala Parkinson’s ini menjadikan cabarannya semakin ketara seiring masa.

Kehidupan dengan penyakit Parkinson’s bukanlah mudah. Ia memberi cabaran besar kepada mereka yang menghadapinya, dan mereka memerlukan penjagaan dan bantuan khusus untuk mengekalkan gaya hidup yang selesa. Sebagai penjaga, kita perlu memberi keyakinan kepada mereka bahawa walaupun penyakit ini hadir, kehidupan tetap boleh dijalani dengan rasa kepuasan dengan sokongan, penjagaan dan dorongan yang betul.

Berikut adalah lapan cara anda boleh menjadi penjaga yang efektif untuk orang yang disayangi yang menghidap penyakit Parkinson’s:

 

1. Pelajari Sebanyak Mungkin Tentang Penyakit Ini

Semakin banyak anda mengetahui dan memahami apa yang dialami oleh orang yang anda sayangi, semakin mudah untuk menjadi penjaga yang baik. Jadikan misi anda untuk memahami punca, faktor risiko, tanda-tanda dan gejala, serta pilihan rawatan. Terdapat laman web dan buku yang dipercayai dan membincangkan sebarang infomasi tentang penyakit ini. Penyakit ini boleh menunjukkan simptom yang berbeza bagi setiap individu, jadi anda mungkin perlu merujuk kepada pelbagai sumber untuk mendapatkan pemahaman yang lebih menyeluruh.

Menemani orang yang anda sayangi ke temu janji doktor memberi anda peluang untuk memahami keadaan mereka dengan lebih mendalam. Gunakan waktu ini untuk bertanya kepada doktor mengenai perkembangan mereka, rawatan yang sesuai, ubat-ubatan, dan apa sahaja yang dapat membantu memastikan mereka mendapat penjagaan terbaik.

 

2. Sukarelawan untuk Membantu, Menyokong dan Membimbing

Penyakit Parkinson’s boleh menyebabkan cabaran motor dan bukan motor yang mempengaruhi aktiviti harian. Apabila seseorang mengalami gangguan mobiliti, mereka mungkin menghadapi kesukaran untuk melakukan aktiviti harian mereka. Walau bagaimanapun, mereka mungkin berasa malu untuk meminta bantuan anda.

Memahami bahawa bergantung kepada orang lain boleh menjadi sesuatu yang sukar dan tidak selesa bagi sesiapa sahaja, dan sebagai penjaga, sukarelawan untuk membantu, menyokong dan membimbing – dengan memasak, mencuci pinggan mangkuk, membeli barangan runcit, mengambil ubat-ubatan mereka, dan memandu mereka ke destinasi.

Walau bagaimanapun, berhati-hatilah dan jangan menganggap bahawa semua orang yang bergelut dengan Parkinson’s menghadapi keadaan yang serius. Bagi sesetengah warga emas, tugas harian seperti memasak, membersihkan, atau membeli barangan runcit mungkin sangat mencabar, manakala yang lain mungkin hanya memerlukan sedikit bantuan. Oleh itu, sesuaikan sokongan anda mengikut keperluan dan kualiti hidup orang yang anda sayangi, sambil menghormati autonomi dan rasa berdikari mereka. Ingatlah, penjagaan yang baik adalah hasil kerjasama, bukan kawalan.

 

3. Menggalakkan Senaman Fizikal

Penyelidikan dan ujian klinikal telah menunjukkan bahawa senaman dapat meningkatkan tahap dopamin, bahan kimia penting yang membantu pergerakan dan memperlahankan perkembangan penyakit.

Senaman juga berperanan meningkatkan ingatan, keseimbangan, kekuatan, dan kualiti hidup secara menyeluruh. Jika orang yang anda sayangi masih aktif, galakkan mereka untuk berjalan kaki singkat setiap hari. Mendaftar ke kelas menari atau yoga juga salah satu langkah yang baik. Kedua-dua aktiviti ini boleh membantu mereka menguatkan koordinasi mereka. Anda boleh memberikan sokongan dengan mendaftarkan mereka untuk kelas.

4. Membantu Warga Emas Menjalani Kehidupan Normal

Kadangkala, masyarakat cenderung memperlakukan seseorang yang hidup dengan penyakit secara berbeza. Walaupun niatnya baik, ia boleh menjadi peringatan berterusan tentang keadaan mereka. Membantu orang yang anda sayangi menjalankan kehidupan yang biasa dan fokuskan perhatian pada minat mereka seperti filem, hobi, atau aktiviti kegemaran lain. Mengalihkan perhatian mereka daripada penyakit, sekaligus mengurangkan tekanan dan kebimbangan. Elakkan terlalu sering membicarakan tentang penyakit mereka, sebaliknya berikan ruang untuk mereka menjadi diri sendiri.

 

5. Keluar Rumah dan Nikmati Keseronokan di Luar Rumah

Hidup dengan penyakit seperti Parkinson’s boleh membuatkan seseorang berasa terasing. Ramai warga emas yang terkesan sering menghabiskan masa di rumah, yang boleh membawa kepada pemikiran berlebihan dan tekanan. Membawa mereka keluar dari rumah memberi peluang untuk menikmati dunia luar dan berhubung dengan orang lain, sekali gus meningkatkan kualiti hidup mereka.

Rancanglah makan malam di hotel yang baik. Pastikan tempat yang dipilih mesra warga emas. Namun, jika mereka tidak sihat pada hari tersebut, jangan kecewa. Jika ini berlaku, berikan mereka ruang dan jangan memaksa. Batalkan sahaja rancangan itu dan buat rancangan yang baru.

6. Dengarkan dengan Teliti

Hidup dengan penyakit yang semakin merosot dan sukar diramal boleh menjadi pengalaman yang melelahkan. Jadilah pendengar yang penuh empati bagi orang yang anda sayangi dan dengarkan mereka apabila mereka ingin berkongsi perasaan atau cerita tentang apa yang sedang mereka lalui. Apabila mereka beremosi, berikan bahu untuk mereka bersandar. Berbual dan berkongsi perasaan dapat mengurangkan tekanan dan kesedihan yang mereka rasai. Hanya dengan mendengar dengan penuh perhatian, anda dapat membantu membawa ketenangan fikiran kepada mereka dan mengingatkan mereka bahawa kehidupan masih penuh dengan keindahan dan kebahagiaan.

7. Perhatikan Gejala yang Semakin Teruk

Seiring masa, simptom Parkinson’s boleh menjadi lebih serius. Perhatikan tanda-tanda yang menunjukkan perkembangan penyakit ini dan melaporkannya kepada doktor. Dapatkan panduan daripada doktor tentang pelbagai peringkat penyakit dan simptom yang perlu anda perhatikan. Bersedia untuk membuat temu janji dengan profesional kesihatan mental jika perlu, kerana kemurungan adalah keadaan yang biasa dialami oleh warga emas dengan penyakit degeneratif.

 

8. Bersabar

Apabila penyakit Parkinson’s semakin berkembang, ia akan mempengaruhi cara seseorang bercakap dan bergerak. Kadangkala, semasa berbual, mereka mungkin tergagap atau bercakap dengan suara yang perlahan. Bersabar dan senyum sambil mendengar. Ini memberi keyakinan kepada warga emas bahawa mereka tidak menbebankan anda untuk menunggu. Ahli terapi pertuturan boleh membantu memperbaiki pendengaran, kefahaman dan pertuturan mereka melalui latihan khusus. Jika berbual menjadi terlalu sukar, cuba gunakan cara komunikasi lain seperti menulis, menghantar e-mel atau mesej teks.

Jika anda berjalan pada kelajuan biasa, mereka mungkin tidak dapat mengikut kelajuan tersebut. Pergerakan yang perlahan adalah tanda utama penyakit ini. Perlahankan langkah anda dan sesuaikan dengan kelajuan mereka. Jika berjalan masih mencabar, galakkan mereka untuk menggunakan kerusi roda atau walker. Fisioterapi boleh membantu melambatkan kemerosotan kelajuan dan pergerakan mereka.

 

Kesimpulan

Jika orang yang anda sayangi menghidap penyakit Parkinson’s, ini mungkin saatnya untuk anda menjadi penjaga mereka. Penjagaan warga emas seringkali merupakan ujian kasih sayang, motivasi, dan sikap positif seseorang.

Sebagai penjaga, keutamaan anda adalah memastikan mereka sentiasa selamat dan sihat. Bantu mereka dalam menjalankan tugas harian dan kerja rumah, sambil mengikuti tip-tip yang telah disebutkan untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Jika anda juga sibuk dengan kerja dan tanggungjawab lain, jangan bimbang, terdapat pilihan lain yang tersedia.

 

Hubungi kami di +603 2724 3828 atau hantar mesej kepada kami menggunakan kotak sembang pada halaman ini, untuk mengetahui lebih lanjut tentang penjaga kami dan bagaimana mereka dapat membantu menjadikan kehidupan lebih mudah dan selesa bagi orang yang anda sayangi dan anda.

 

Diterbitkan Pertama Kali pada 11 April 2023

Lebih seperti ini

Memahami Perbezaan antara Penjaga dan Pembantu Rumah

Sekiranya anda merasa kesulitan untuk menyeimbangkan antara kerjaya dan keluarga sambil menjaga orang tersayang, anda mungkin sedang mempertimbangkan antara pembantu rumah dan penjaga. Artikel ini akan membimbing anda dalam memahami perbezaan di antara kedua pilihan tersebut, dan memberikan panduan bagi membuat keputusan yang tepat. Ketahui cara memberikan penjagaan terbaik untuk keluarga anda sekarang!

Bilakah Anda Perlu Penjaga untuk Ibu Bapa?

Adakah anda penjaga utama bagi ibu bapa yang semakin berusia? Jika anda merasa letih dan tertekan, ketahuilah anda tidak keseorangan. Ketahui lebih lanjut tentang keperluan mental, emosi, dan fizikal mereka, serta bagaimana mendapatkan bantuan profesional.