Care Concierge

Pengetahuan / Blog

Nasihat & Tip

20 Aktiviti untuk Mengekalkan Pesakit Demensia Aktif dan Gembira

Mengenali seseorang yang menghidap demensia? Ketahui aktiviti seperti teka-teki, senaman, dan memasak yang dapat membantu mereka kekal aktif. Pelajari cara membantu mereka kekal sihat serta meningkatkan daya ingatan dan kemahiran berfikir.

Kongsikan artikel ini

Demensia bukanlah satu penyakit tertentu, tetapi merupakan gabungan simptom yang melibatkan penurunan daya ingatan dan keupayaan berfikir. Penyakit Alzheimer’s sahaja menjadi punca bagi sekurang-kurangnya 60-80% kes demensia. Walaupun tiada penawar yang diketahui untuk demensia, masih terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risikonya.

Berikut adalah beberapa aktiviti rangsangan yang boleh membantu memastikan insan tersayang anda kekal sibuk dan aktif, sambil memberi mereka rasa pencapaian. Jika anda sibuk dengan kerja dan tidak dapat meluangkan masa yang mencukupi untuk melakukan aktiviti ini, anda boleh mempertimbangkan untuk mengupah penjaga profesional.

Ambil perhatian bahawa aktiviti-aktiviti ini tidak disenaraikan mengikut keutamaan.

Tip untuk Memastikan Orang Tersayang yang Menghidap Demensia Kekal Aktif

1. Senaman: Satu kajian oleh Pusat Perubatan Universiti Rush menunjukkan bahawa peningkatan aktiviti fizikal harian boleh membantu meningkatkan keupayaan kognitif dan daya ingatan. Selain itu, warga emas dengan kemahiran motor yang lebih baik juga cenderung memiliki daya pemikiran dan ingatan yang lebih tajam. Bagi warga emas yang menghidap demensia, kekal aktif adalah penting untuk menjaga kesihatan keseluruhan mereka. Senaman seperti kardio atau aktiviti lain boleh membantu meningkatkan aliran darah dan oksigen ke otak.

2. Menyelesaikan Teka-teki Bersama: Kajian pada tahun 2022 yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine Evidence menunjukkan bahawa teka silang kata adalah lebih berkesan daripada permainan minda lain dalam memperbaiki daya ingatan. Ini bukan bermaksud permainan minda tidak berkesan, tetapi sekadar menunjukkan bahawa teka-teki lebih berkesan.

3. Biarkan Mereka Teruskan Rutin Harian: Anda mungkin ingin mengurangkan beberapa tugas mereka apabila keadaan mereka semakin merosot, tetapi ini boleh mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Mereka tidak memerlukan peringatan berterusan tentang penurunan keupayaan mereka. Ini bermakna jika orang yang anda sayangi menikmati tugas tertentu, mereka masih boleh melakukannya.

4. Cuba Improvisasi: Terlalu memikirkan masa lalu akan membuatkan mereka yang menghidap demensia bersedih kerana mereka menyedari sendiri tidak dapat mengingati banyak perkara. Begitu juga, risau tentang masa depan boleh menimbulkan kebimbangan. Oleh itu, masa kini adalah tempat yang lebih senang untuk mereka. Anda boleh cuba melibatkan mereka dalam beberapa permainan improvisasi.

5. Main Permainan: Kajian pada tahun 2020 menunjukkan bahawa warga emas dalam peringkat awal dan pertengahan demensia yang bermain permainan papan, permainan video, atau permainan realiti maya dapat meningkatkan daya ingatan jangka pendek, masa tindak balas, dan kemahiran penyelesaian masalah.

6. Menceritakan Jenaka: Mereka yang menghidap demensia masih mempunyai seleras humor. Cari aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan bersama; selain itu, semua orang memerlukan gelak ketawa yang baik untuk keseimbangan hidup.

7. Berkebun: Berkebun bukan sahaja memberi peluang untuk menikmati udara segar dan bersenam. Pertukaran persekitaran juga bermanfaat kepada anda sebagai penjaga. Memberi mereka ruang kecil untuk berkebun atau merumput adalah idea yang bagus. Aktiviti sebagai merumput, menyapu laluan, memotong rumput tepi jalan dan pembersihan am adalah aktiviti yang boleh dilakukan oleh mereka yang menghidapi demensia dan membantu mereka kekal sibuk.

8. Cuba Senaman Kerusi: Mainkan muzik kegemaran mereka sambil mengajak mereka melakukan senaman kerusi yang melibatkan pengerakan, seperti mengangkat lengan atau membengkokkan kaki. Mulakan dengan 20 minit dan tingkatkan masa secara berperingkat ke 40 minit.

9. Berenang: Berenang sering dikaitkan dengan kenangan manis masa kecil. Oleh itu, ia boleh memberi kesan positif terhadap perasaan seseorang. Kesan ini boleh bertahan lama walaupun selepas sesi berenang selesai.

10. Cuba Tai Chi: Ini adalah intervensi berasaskan senaman yang dikatakan dapat mengurangkan risiko jatuh. Ia adalah senaman Cina kuno yang dijalankan secara perlahan, dengan pergerakan mengalir dan kawalan pernafasan.

11. Menunggang Basikal: Basikal tandem adalah berguna kerana anda boleh menunggang dan mengawal basikal tersebut manakala orang lain membantu mengayuh. Jika mereka sudah mempunyai masalah keseimbangan, pertimbangkan untuk menyewa basikal roda tiga.

12. Menari: Anda boleh mendaftarkan orang yang anda sayangi di kelab warga emas kerana kelab kebiasaannya memasukkan aktiviti menari dalam jadual mereka. Jika mereka tidak tahu menari, gaya tarian yang mudah seperti square dancing boleh menjadi pilihan menyeronokkan.

13. Menulis Diari: Setiap guru menekankan kepentingan menulis diari dalam kehidupan seseorang. Ia boleh membantu warga emas yang menghidapi demensia untuk melatih minda dan mengurangkan tekanan.

14. Kuasa Muzik: Mendengar muzik terbukti dapat mengurangkan tingkah laku negatif yang sering berlaku pada peringkat pertengahan demensia.

15. Cipta Kotak Kenangan: Ini adalah cara yang menyenangkan untuk menghabiskan waktu bersama, terutama jika anda tidak bercadang aktiviti di luar rumah. Isi kotak kenangan dengan barangan yang membawa memori indah dan melihat kembali bersama. Kotak ini boleh menjadi sumber ketenangan dan hiburan bagi mereka, terutama ketika mereka berasa cemas.

16. Lawati Tempat Mesra dan Dikenali: Bawa warga emas yang menghidap demensia ke tempat-tempat yang pernah mereka sukai seperti muzium, kafe dan tempat awam adalah langkah yang baik. Tempat sedemikian mungkin dapat membantu meningkatkan ingatan mereka.

17. Makan dan Tidur pada Waktu yang Sama Setiap Hari: Sihat atau tidak, kita berfungsi lebih baik apabila kita makan dan tidur pada waktu yang sama setiap hari. Sebaiknya, makan dan tidur pada waktu yang tetap. Ini memberikan struktur harian dan meningkatkan fokus mereka sepanjang hari.

18. Jangan Takut untuk Bercerita Tentang Kenangan: Anda mungkin takut untuk berkongsi kisah lama kerana tidak tahu bagaimana orang yang anda sayangi akan bertindak balas. Namun, bercerita tentang kenangan indah akan mengingatkan mereka tentang kehidupan mereka yang penuh makna.

19. Mengait: Aktiviti mengait dapat merangsang bahagian tertentu dalam otak, termasuk memori dan kemampuan untuk fokus, yang sering terjejas akibat demensia. Seperti senaman untuk otot, mengait membantu menguatkan fungsi-fungsi ini dan mengekalkan kekuatannya walaupun keupayaan kognitif berkurangan secara beransur-ansur. Kajian menunjukkan bahawa aktiviti seperti mengait dapat memperlahankan penurunan kognitif sehingga 50%.

20. Masak atau Bakar Bersama: Memasak atau membakar boleh menjadi cara yang menyeronokkan untuk meluangkan masa bersama. Selagi ia selamat, biarkan mereka melakukan sebanyak mungkin dalam proses tersebut.

Kesimpulan

Tinggal bersama insan tersayang yang menghidap demensia sememangnya mencabar. Melihat orang tersayang melupakan kenangan indah yang pernah dikongsi bersama adalah sesuatu yang sangat menyedihkan. Walau apa pun perubahan yang berlaku, inilah masa untuk anda terus menyayangi mereka dan membantu mereka menjalani kehidupan dengan penuh keselesaan dan ketenangan.

Apabila keadaan mereka bertambah serius, penjagaan tambahan mungkin diperlukan oleh warga emas yang menghidap demensia dan keluarga mereka. Hubungi kami di Care Concierge jika anda memerlukan penjagaan khusus untuk ahli keluarga anda. Jika anda sedang mempertimbangkan untuk menempatkan mereka, pertimbangkanlah The Mansion atau hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

Hubungi kami di +603 2724 3828 atau hantar mesej menggunakan kotak sembang di halaman ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang penjaga kami dan bagaimana mereka boleh membantu menjadikan kehidupan lebih mudah untuk orang tersayang anda dan anda.

 

Diterbitkan Pertama Kali pada 15 Mei 2023

Lebih seperti ini

Bilakah Anda Perlu Penjaga untuk Ibu Bapa?

Adakah anda penjaga utama bagi ibu bapa yang semakin berusia? Jika anda merasa letih dan tertekan, ketahuilah anda tidak keseorangan. Ketahui lebih lanjut tentang keperluan mental, emosi, dan fizikal mereka, serta bagaimana mendapatkan bantuan profesional.

Panduan Mudah untuk Menjaga Warga Emas dengan Penyakit Alzheimer’s

Adakah anda menjaga orang tersayang yang menghidap Alzheimer’s? Panduan ini akan membantu anda memahami cara berkomunikasi dengan lebih baik, menguruskan cabaran seperti inkontinens, halusinasi, dan delusi, serta menangani perubahan emosi dan mencegah mereka keluar rumah tanpa pengawasan.