Care Concierge

Tentang Kami

Dipandu oleh pengalaman bertahun-tahun serta disokong oleh teknologi, Care Concierge komited dalam menyediakan pelbagai penyelesaian penjagaan warga emas yang berkualiti. Dari saringan kesihatan hingga pemulihan dan penjagaan jangka panjang di rumah, kami sedia membantu memenuhi keperluan anda dengan penuh perhatian dan dedikasi.

Pakar Penjagaan Warga Emas kami, yang terdiri daripada jururawat, jurupulih dan penjaga profesional, turut menawarkan penjagaan khas bagi keadaan yang memerlukan prosedur perubatan serta terapi khusus. Antaranya termasuk pemulihan pasca hospital, penjagaan Demensia, Strok, Kanser serta Penjagaan Paliatif.

Care Concierge menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk penjagaan peribadi dalam keselesaan rumah anda, kemudahan rumah jagaan premium di Lembah Klang yang dikenali sebagai The Mansion, serta lokasi istimewa di pesisir pantai yang indah di Pulau Pinang.

Mengapa bidang ini?

Hakikatnya, proses pengusiaan bukanlah sesuatu yang mudah.

Menjelang tahun 2030, 15% daripada penduduk Malaysia akan berusia 65 tahun ke atas. Apabila ibu bapa dan orang tersayang kita semakin berusia, tanggungjawab penjagaan terletak pada kita. Namun, realitinya ramai di antara kita kurang bersedia atau tidak berkemahiran dalam penjagaan warga emas.

Kami memahami betapa mencabarnya perjalanan ini—emosi yang bercampur-baur, keletihan mental, serta beban kewangan yang tidak dijangka. Sebab itulah, setiap hari kami berusaha untuk satu matlamat utama—memastikan warga emas dan keluarga mereka mendapat penjagaan yang diperlukan, dengan kualiti yang melangkaui jangkaan mereka.

Kami menawarkan pelbagai penyelesaian penjagaan yang boleh disesuaikan dengan keperluan anda. Sama ada penjagaan penuh atau separuh masa di rumah, atau pun penginapan di pusat penjagaan kami, kami sedia memberikan pilihan yang terbaik yang sesuai dengan keperluan setiap individu.

Care Concierge kini mempunyai lebih daripada 1,500 penjaga, jururawat, dan jurupulih bertauliah. Selain itu, Pengurus Penjagaan Warga Emas kami akan membantu mengurus segala keperluan anda, daripada menetapkan temujanji, menjadualkan sesi terapi, pengurusan bil, hingga memenuhi pelbagai permintaan lain.

Bagaimanakah kami melaksanakannya?

Penjagaan + Teknologi = Care Concierge.

Kami membawa pengalaman penjagaan ke tahap lebih baik dengan bantuan teknologi digital. Maklumat anda akan dikemas kini oleh penjaga kami melalui aplikasi, yang kemudiannya dianalisis oleh pasukan Pengurus Penjagaan Warga Emas kami. Berdasarkan analisis tersebut, kami akan memberikan nasihat dan cadangan mengenai langkah terbaik untuk penjagaan anda.

Dengan aplikasi ini, ahli keluarga anda juga dapat memantau tanda vital dan kesejahteraan anda, walaupun dari jauh.

Angka penjagaan

0

Pakar Penjaga

Jururawat Berdaftar, Jurupulih dan Penjaga bersedia untuk menjaga keperluan anda.

0 +

Jururawat Berdaftar

Pasukan doktor dan Jururawat Berdaftar yang menasihati anda tentang keperluan Penjagaan anda.

0 +

Pakar

Pakar yang sentiasa memantau penanda vital kesihatan anda, termasuk memberi penjagaan luar rumah.

Pengasas

Martin Yap
Pengasas | CEO

  • Seorang arkitek yang beralih menjadi usahawan, Martin memulakan misinya untuk merevolusikan penjagaan warga emas sejak 10 tahun lalu ketika bekerja di Green Leaf Retirement Resort, sebuah pusat jagaan premium dengan 47 katil di Kuala Lumpur.
  • Sebagai penyokong teknologi dan reka bentuk yang inovatif, minatnya dalam penjagaan warga emas lahir daripada keinginannya untuk menyediakan penyelesaian terbaik bagi ibu bapa dan ahli keluarga yang semakin berusia, serta pengalaman peribadi menjaga neneknya yang mengalami strok.
  • Dari situlah beliau mengasaskan Care Concierge, bagi memberi pilihan kepada warga emas untuk terus tinggal di rumah sendiri dengan selesa melalui konsep ageing-in-place.

Justin Yap
Pengasas Bersama | COO

  • Graduan Iowa State University, Justin Yap ialah Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Care Concierge.
  • Hampir empat tahun menerajui syarikat, Justin komited mencari solusi penjagaan yang melangkaui kaedah tradisional pemulihan. Justin juga mengetuai bahagian Inovasi Penjagaan Kesihatan dan Kesihatan Digital di Care Concierge, sentiasa berusaha memperkenalkan penyelesaian baru yang inovatif dan berkesan dalam penjagaan warga emas.
  • Bersama Martin Yap, beliau memastikan setiap aspek penjagaan warga emas diteliti, agar mereka dapat menjalani kehidupan yang berkualiti di rumah sendiri, selari dengan konsep ageing-in-place.

Ketahui lebih lanjut tentang kami